Salam semua... Muncul pula minat bela ayam nie. Dah lama ingin luah kan penat mencari baka ayam yang terbaik dari spesis sabung atau gamefowl..Beribu dah duit habis untuk pelbagai kan baka ayam sabung. dari thai sampai johor. Akhirnya berjaya juga rancangan ini walaupon dah 5 bulan berlalu...
aku bukan lah kaki judi atau suka berjudi tetapi aku suka sifat semulajadi petarung yang di miliki oleh ayam . kerana ianya membangkitkan memori 25 tahun dahulu.
Proses mencari baka bermula dari tahun lepas lagi. Baka yang aku dapat dari pelbagai tempat ada yang beli terus dari bon.Dan ada daripada kawan-kawan yang kaki laga.. walaupon boleh dikatakan murah aku beli tetapi bersyarat..
so aku pon setuju aja syarat nya janji dapat ayam.....